Isnin, 16 Jun 2014

Saya pengedar Shaklee Ulu Tiram

                               


Saja saya tulis entry ni untuk declare bahawa saya bersama suami adalah

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN ULU TIRAM, TEBRAU, PLENTONG, JOHOR 

BAHRU

Waktu cuti sekolah pula, kebiasaanyya kami akan pulang bercuti di kampung halaman 

kami...yelah, suami isteri orang Kelantan hihi...time cuti nilah kami ambil kesempatan untuk

 berehat sambil menjengguk orang tua kami di kampung...oh ye, jadi waktu cuti kami boleh

 COD di kawasan WAKAF BHARU, P.MAS, dan KOTA BHARU...nation wide

gitu...pengeposan ke seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia...selagi boleh pos la...






untuk sebarang pertanyaan, pembelian...boleh hubungi saya di talian 
[ 019- 7701 264]

boleh juga add fb : ANIE IZWAN
atau email saya di  anie_izwan@yahoo.com


salam sayang...anie










Rabu, 11 Jun 2014

VITAMN E TERBAIK

           


                                         




                                                         

Haaa...inilah Vitamin E Shaklee..bijinya macam coklat kan..kenapa warnanya coklat gelap begini...sebab ia mengandungi ekstak biji anggur.

Tentu ramai yg nak tahu.. kenapa Shaklee tambah ekstrak biji anggur kat vitamin E tu.... bukan saje suka-suka yer... meh kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur)...



KELEBIHAN EKSTRAK BIJI ANGGUR
  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda 
  • untuk memelihara kecantikan
  • yang best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul 
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. 
  • Procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi. 
Okey...saya juga nak berkongsi tentang khasiat Vitamin E ni untuk kita....bukan untuk wanita sahaja ye..malah sangat bagus untuk lelaki juga...

Sebelum membeli vitamin E ni...pastikan vitamin E tu adalah yang semulajadi dan asli ,cuba cek labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

itu saja untuk hari ini...nanti saya update lagi di lain entry...bye

 

                           
           Boleh hubungi saya ANIE  019- 7701 264    [986834]
FB : Anie Izwan
FB Page : Kedai Runcit Anie


Ahad, 8 Jun 2014

VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU


Assalamualaikum wbt...semalam saya ada berkongsi tentang menyusu di bulan puasa dan set makanan tambahan/supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu. okey..jadi malam ni saya nak berkongsi tentang FUNGSI setiap vitamin tersebut...



1. Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...
  • Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak ..Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 
  • Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

2. B Complex
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang),
  •  Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
  •  Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
  •  Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

3. Vitamin C


  • Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu 
  •  pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,in sha Allah akan mudah sembuh...
  •  kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

4. Alfalfa


  • Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. 
  • Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.
  • Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.
  • Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. 


5. Energizing Soy Protein (ESP)


  • Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.
  • ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol.
  • ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... 
  • Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi .worth your money

bagi saya yang sedang menyusukan Humaira, bila rasa miss B layu je saya akan bancuh ESP ni...memang miss B akan terasa penuh semula...siap menitik-nitik lagi yang sebelah lagi tu..hihi..hanya ibu menyusu je yang  tau perasaan tu...sebab tu saya memang galakkan ibu-ibu menyusu mengambil ESP ni...


...kenyataannya. Pengambilan supplement yang BETUL akan membantu mengkayakan nutrisi dalam susu ibu....Dan kerana itu lah saya amat menyukai Shaklee..Shaklee adalah satu jenama yang telah lebih 50 tahun dalam pasaran. Produk Shaklee adalah vitamin yang khusus dan berdasarkan keperluan seharian tubuh kita...




                             

KONSULTASI PERCUMA AKAN DIBERI SELEPAS PEMBELIAN
salam sayang...ANIE [ID : 986834]
FB : ANIE IZWAN
FB PAGE : Kedai Runcit Anie
019 7701 264
anie_izwan@yahoo.com


Jumaat, 6 Jun 2014

TIPS PENYUSUAN DI BULAN PUASA


Assalamualaijum wbt...selamat pagi Jumaat, penghulu segala hari..
Hari ni saya nak berkongsi tentang penyusuan ibu di bulan Ramadan..saya ni kan ibu pun ibu menyusu,jadi kenalah ada ilmu tambahan juga walaupun anak dah tiga..hihi..meleret pulak. ok lah..jom baca artikel ni, untuk panduan kita bersama...
_________________________________________________________________________

                                              

UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.

Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.

Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.

"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.

1. Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.

"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.

Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.

"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.




Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.

2. Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.

Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.

"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.

"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.

FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.

Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.




PARA ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa perlu mengepam susu dengan lebih kerap berbanding bulan-bulan biasa.

"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.

Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.


3. Berlatih sejak Syaaban

Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.

"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.

"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.

Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.

"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.

Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.







Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz33oinbpuq 
Hakcipta terpelihara.

_________________________________________________________________________________

Bantuan penyususan saya, tentulah dari Shaklee..bukan untuk membanyakkan susu tapi untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan saya..jangan salah anggap lak ye..hihi...

                                         


oh ye..fb saya Anie Izwan dan fb page saya pula Kedai Runcit Anie..sila la add dan like ye..untuk dapatkan lebih banyak tips,info dan juga untuk berukhuwah...

salam sayang...

Puan Azmahani (Anie) 
Shaklee Independent Distributor [ ID: 986834]
019-770 1264
anie_izwan@yahoo.com










Isnin, 2 Jun 2014

CIRI-CIRI VITAMIN E SUMBER SEMULAJADI

Assalamualaikum wbt dan selamat petang...semalam saya cerita tentang Vitamin E..Petang ni saya akan cerita kisah vitamin E lagi, kali ni tentang bagaimana untuk memilih vitamin E yang terbaik.okey..jom kita semak ciri-ciri vitamin E yang asli...

1. Pilih yang bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil 
d-alfa tocoferol  menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia
2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label

3.Pilih Vit E yang berserta selenium

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia.

 

KHASIAT VITAMIN E:

1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. 2. Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara.  3. Melindungi paru2 dari pencemaran udara.  4. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 5. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.   
6. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegahanemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayipramatang.  
7. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
 8. Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.   9. Merendahkan kadar kolesterol.
 10.Membantu mencegah kanser.  
11. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam     perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
s
 
 






 

    Produk Popular