Assalamualaikum...pagi Jumaat yang barkah, dah lama sangat tak mengupdate blog, 2 bulan kut rasanya setelah melahirkan puteri yang ketiga. Nurul Izzati Humaira namanya, secomel orangnya hehe..puji anak sendiri lak..
Bulan ni promo Alfalfa datang lagi...bagi ibu-ibu menyusu Alfalfa ni bolehla dianggap sebagai teman setia, penyelamat ketika bekalan susu merundum. Selain sebagai milk booster banyak lagi sebenarnya khasiat dan kebaikan Alfalfa ni..
Alfalfa ni digelar raja segala tumbuhan, Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
0 ulasan:
Catat Ulasan