Ahad, 13 Oktober 2013

7 MAKANAN PEMBINA MINDA





























Memiliki minda yang cerdas menjadi idaman setiap orang. Namun, adakah kita tahu bahawa minda yang cerdas memerlukan makanan yang tertentu?

Makanan tersebut ialah :
1. Ikan.
  • Ikan sangat baik untuk nutrisi badan kita. Ikan mengandungi asid lemak omega 3. Asid lemak ini banyak terdapat pada ikan salmon, ikan tuna dan jjuga sardin.
  • Ikan salmon dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah otak. Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh dikurangkan.
2. Pisang
  • Pisang memang mudah dijumpai dan hampir semua orang menyukai pisang. Pisang mengandungi kalium dan magnesium yang berfungsi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak kita.
  • Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium, kata Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.
  • Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.
3. Bayam
  • Bayam mengandungi vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang diperlukan untuk mencerdaskan otak.
  • Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.
  • Bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
4. Telur
  • Asid amino yang terdapat di dalam telur dapat membekalkan keperluan untuk kecerdasan otak.
  • Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline Lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari. Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.
  • Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.
5. Avokado
  • Buah avokado kaya dengan vitamin E, yang berfungsi sebagai antioksida serta mampu melindungi otak dari kesan penuaan.
  • Ia mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. 
  • Avokado tinggi serat, sumber utama asid folik, yang mana asid folik mengurangkan risiko penyakit jantung dan dalam sesetengah kes, mengurangkan barah.
  • Buah ini juga mengandungi glutathione, bahan antioksidan yang menghalang pelbagai jenis karsinogen di dalam badan serta mempunyai potasium yang bermanfaat untuk rawatan arthritis dan haemorrhoids. 
6. Brokoli
  • Brokoli sangat baik untuk kesihatan otak kita kerana mengandungi vitamin C, antioksida serta beta-karoten yang berfungsi untuk menjaga kesihatan otak.
  • Brokoli kaya akan provitamin A atau karotenoid, vitamin E, asam folat dan vitamin C. Men rut beberapa pakar kecantikan, vitamin A pada brokoli mengandung antioksidan yang lebih baik dibandingkan antioksidan yang dimiliki oleh vitamin C.
7. Coklat
  • Coklat mengandungi Flavonoid yang dapat membantu pembentukan sel saraf baru pada otak yang dapat menambah kemampuan memori otak kita.
  • Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
  • Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
  • Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

0 ulasan:

Produk Popular