Jumaat, 31 Januari 2014

KURUS SECARA SIHAT

Bukan mudah untuk membuang lemak-lemak yang dah lama bertapa dalam badan. Namun ianya tak mustahil selagi kita tekad...ni sedikit perkongsian untuk mengurangkan berat badan dan menyingkirkan lemak-lemak. NAK seribu daya, TAK NAK seribu dalih. Ye tak??

Jom kita semak apa yang perlu, apa yang tak perlu...

1) KENALI TUBUH dan KETAHUI BERAT BADAN ANDA, BMI ANDA

Tips: Timbang berat badan dan ketahui ketinggian anda

FORMULA BMI: BERAT (KG)/ TINGGI (m) x TINGGI (m)

Contoh = Berat 50 kg dibahagi dengan 1.50mx1.50m = 22 (BMI)

Julat BMI unggul adalah: 18.5 – <25

JIka kurang 18.5 – anda kurang berat badan

18.5 – <25 – Berat badan ideal

25 – <30 - Berat badan berlebihan

30 ke atas – Obes

* Indeks ini untuk yang berumur 18 tahun ke atas

Setelah mengetahui status BMI anda, sekarang masanya untuk mengetahui samada anda aktif atau tidak dan keperluan kalori yang diperlukan oleh badan anda supaya anda tahu mengawal kandungan kalori dalam pemakanan seiring dengan tenaga yang dikeluarkan setiap hari.

2.MENGETAHUI sama ada anda AKTIF, SEDERHANA AKTIF atau SANGAT AKTIF berdasarkan panduan di bawah:

*TIDAK AKTIF: jika 75% dari masa hanya duduk atau berdiri. 25% dari masa berdiri dan buat kerja ringan. Contoh: kerja pejabat, tukang jahit, surirumah, pemandu teksi

*SEDERHANA AKTIF: jika 40% dari masa duduk atau berdiri, 60% dari masa melakukan kerja sederhana. Contoh: Guru, Jururawat, juruteknik, doktor.

*SANGAT AKTIF: jika 25% dari masa duduk atau berdiri, 75% daripada masa berdiri dan melakukan kerja berat. COntoh: Buruh, ahli sukan.

jd, saya ni dalam kategori nombor 2 la hehehe...jadi guru penat wooo

Ok, setelah dah kenalpasti samada kita tidak aktif, sederhana aktif atau sangat aktif, kita kena kenalpasti faktor seperti dibawah p[ula:

MENGETAHUI FAKTOR (f) yang digunakan dalam keperluan tenaga selari dengan BMI kita tadi:



FORMULA JUMLAH KEPERLUAN KALORI

Berat Badan (kg) x Faktor (f): Keperluan kalori


Contoh: 53kg (berat) x 30 (berat badan ideal yang dikira dari BMI tadi) = 1590 kalori SEHARI

* Berat badan unggul boleh dicapai melalui keseimbangan antara tenaga (kaloi) yang diambil melalui makanan dengan tenaga yang digunakan untuk aktiviti seharian.

Saranan: Hanya kurangkan 500 kalori sehari melalui gabungan berikut:

1.pengurangan pengambilan makanan sebanyak 250 kalori 
  
2. pengambilan supplemen untuk membakar kemak/trap fat
 Untuk lebih pemahaman, tengok contoh ni...
 (cikgu memang suka bagi contoh penyelesaian kat student,hehehe...)

Puan A ialah seorang kakak kerani yang berumur 30 ++ tahun, mempunyai berat badan 55kg dan ketinggian 155kg. Dia jarang melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang cergas. Pengiraan keperluan tenaga untuknya ialah:

1) BMI: 55kg /1.55m x 1.55m = 22 (berat badan ideal)

2) Status aktiviti: Tidak aktif

3) Keperluan Tenaga =

Berat Badan x faktor ( 55kg x 30) 
(dlm jadual diatas- Puan A berat badan ideal dan tak aktif = 30)

Keperluan kalori/tenaga Puan A = 55 x 30 = 1650 kkal sehari

*** Nota penting ~ 3500kkal berlebihan akan membentuk 1/2 kg atau 1 paun lemak
4) Untuk menurunkan 1 paun lemak/ 1/2 kg berat badan, Puan A perlu kurangkan 3500kkal dalam masa 7 hari.

5) Setiap hari Puan A perlu kurangkan sebanyak 3500 kkal/7 hari = 500 kkal 
    (250 kkal dari makanan, 250 kkal dari aktiviti fizikal)

6) Keperluan Kalori yang ditolak dari makanan ( 1650 kkal – 250 kkal = 1400 kkal) sehari.

7) Keperluan Kalori yang ditolak dari senaman (kalau ada masa buat) = 1400 -250 =1150 kkal sehari sahaja.


*** Nota : Nak bakar 250 kalori bersamaan dengan ~ menari 80 minit, aerobik 57.5 minit, berenang 72.5 minit, cycling 67.5 minit, badminiton 65 minit, berjalan 6.4km 55 minit, jogging 32.5 minit , berlari 25 minit , menyusu baby 500 kkal



Bercerita tentang pemakanan, Ia adalah kunci bagi program ini. Ketahuilah pemakanan kita kadangkala mempengaruhi majoriti punca penyakit dalam badan kita setiap hari. Jadi ini yang kita patut kawal dan ketahui. Selain untuk menurunkan berat badan, ianya membantu dalam keihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya. 


Khamis, 30 Januari 2014

SET MENYUSU TERBAIK DARI SHAKLEE

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

1.Protein 
- diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, 
tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
- pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

3Kalsium 
- kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

4. Asid Lemak Omega-3
- juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.


Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat.

1.ESP
- rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino     penting.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


2.OSTEMATRIX
- Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan      tablet yang mudah ditelan.


Shaklee - OsteMatrix™ (120 capsules)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                                            

3.B COMPLEX
- Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan     dan bioketersediaan asid folik.                

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                                                        

4.OMEGA GUARD
 - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat          penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia          membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
  5. ALFALFA    
      - adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan                     alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.  
  
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

                                                                                                          
                                                                                                                           [sumber Shaklee Today]




Puan Azmahani 

FB : Anie Izwan

Shaklee Independent
 
Distributor
                 
                                                 [ID No : 986834]

                            019-7701264| anie_izwan@yahoo.com

Rabu, 22 Januari 2014

KHASIAT ALFALFA

Bismillahirahmani rahim...

Bulan ni memang istimewa buat ibu-ibu menyusu, kenapa ye...
Bulan ni promo Alfalfa datang lagi...alfalfa memang menjadi sahabat baik ibu menyusu. Tapi ibu yang tak menyusukan pun boleh makan juga alfalfa ni asalkan bukan ibu mengandung. pesakit SLE pun tidak boleh makan alfalfa ni..kenapa ye? Nanti kita cerita lagi bab tu pada entry yang seterusnya.
Pagi nak tulis tentang khasiat Alfalfa. Alfalfa ni memang best, jom kita baca seterusnya..

KHASIAT ALFALFA

1. Merawat gangguan pencernaan

2. Mengawal kolestrol dalam darah

3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7. Mengurangkan simptom menopous

8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9. Merawat masalah sembelit

10. Menyahkan toksik dalam tubuh

11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13. Membantu masalah penghadaman

14. Membantu memperbanyakkan susu ibu

15. Mengurangkan masalah pundi kencing

16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17. Meningkatkan kesihatan prostat

18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19. Menghangatkan hubungan suami isteri

20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya, Anie di 019-7701264 atau add saya di fb: Anie Izwan untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.


Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.



Isnin, 20 Januari 2014

PROMO JANUARI 2014 - ALFALFA COMPLEX

Bismillahirahman ni rahim...
Assalamualaikum...pagi Jumaat yang barkah, dah lama sangat tak mengupdate blog, 2 bulan kut rasanya setelah melahirkan puteri yang ketiga. Nurul Izzati Humaira namanya, secomel orangnya hehe..puji anak sendiri lak..

Bulan ni promo Alfalfa datang lagi...bagi ibu-ibu menyusu Alfalfa ni bolehla dianggap sebagai teman setia, penyelamat ketika bekalan susu merundum. Selain sebagai milk booster banyak lagi sebenarnya khasiat dan kebaikan Alfalfa ni..

Alfalfa ni digelar raja segala tumbuhan, Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.       
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita...
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster   

Produk Popular